USD Jatuh, Sekatan Trump Mengundang Ujian Senjata Korea Utara yang Lebih Besar

61

US dolar bergerak lebih rendah pada Jumaat berbanding matawang-matawang utama dunia yang lain walaupun telah membuat lonjakan dalam sesi dagangan Rabu.

Walaupun dengan kebarangkalian kenaikan kadar faedah sekali lagi tahun ini seperti yang ditunjukkan di dalam penetapan polisi The Fed dan data inflasi positif baru-baru ini, namun US dolar masih gagal meneruskan kenaikannya.

Kini ketegangan antara Amerika Syarikat dan Korea Utara kembali memuncak sejak pagi tadi, apabila Presiden Trump dalam ucapannya mahu meningkatkan sekatan terhadap Korea Utara.

Sentimen pasaran bertambah buruk lagi dengan respon Kim Jong Un yang berkata Pyongyang akan mempertimbangkan “Tindak balas tahap tertinggi dalam sejarah” kepada tindakan Trump yang mahu mengancam kemusnahan negaranya.

Selepas daripada respon Jong Un dikeluarkan, menteri luar Ri Yong Ho berkata mereka akan menjalankan ujian bom hydrogen dalam skala yang lebih besar di lautan pasifik.

Penganalisis pasaran di Asia berkata, “Kali ini adalah berbeza dengan ketegangan sebelum ini di mana Trump mahu meningkatkan sekatan kepada Korea Utara yang mana Jong Un tidak boleh duduk diam dan kita sendiri mengetahui kedegilan Korea Utara.”

“Pasaran dilihat kembali kepada risk-off pada Jumaat apabila sekatan ini mengundang kepada ujian senjata yang lebih besar dan agresif lagi daripada Korea Utara.”

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain setakat ini susut 0.35%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat