USD/JPY Dah Buat Terjunan Awal, ‘Intervention’ Jepun Sudah Berlaku?

286

Carta harga pasangan mata wang USD/JPY mula menunjukkan terjunan harga pada dagangan Rabu semalam ketika berlegar menghampiri paras 162.00 yang merupakan rekod tertinggi sejak 1986.

Adakah ini menandakan campur tangan pihak berkuasa Jepun telah dibuat dalam pasaran?

Belum lagi, namun pelabur akan terus kekal berwaspada untuk kemungkinan itu yang boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.

Situasi penurunan harga yang agak ketara semalam adalah disebabkan berlaku penyusutan mata wang US dolar ketika beberapa data ekonomi Amerika Syarikat (AS) diterbitkan dengan bacaan angka yang merosot.

Selain pertambahan sektor pekerjaan swasta yang kurang memberangsangkan, tinjauan terhadap sektor perkhidmatan AS turut catatkan penguncupan yang ketara.

Namun, kejatuhan US dolar berjaya dihadkan oleh minit mesyuarat FOMC yang diterbitkan dengan nada hawkish Federal Reserve (Fed) masih dikekalkan.

Corak kenaikan harga pada carta USD/JPY mula paparkan momentum yang perlahan dengan rintangan adalah dilihat pada zon 162.00 buat ketika ini.

Pada pergerakan harga di rangka masa 1 jam carta tersebut, harga telah mula bergerak di bawah garisan Moving Average 50 (MA50) yang memberi petanda awal sebagai isyarat bearish.

Sekiranya selepas ini penurunan harga bermula, tumpuan awal harga dilihat pada zon 160.00 yang sebelum ini menjadi rintangan pada dagangan Jun lalu sebelum ditembusi.

Untuk penurunan lebih lanjut yang diteruskan, harga berkemungkinan boleh mencecah hingga sekitar 158.00.

Namun jika momentum lonjakan harga berjaya dikumpul semula, harga bakal menembusi paras 162.00 sebelum terus memecah rekod tertinggi 38 tahun.

Lihat gambar carta harga pasangan USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat