USD/JPY Menjunam Pagi Tadi Disebabkan ‘Tapering’ Bon Jangka Panjang Kerajaan Jepun

959

Pasangan matawang USD/JPY menjunam sehingga hampir 70 pip selepas Bank Pusat Jepun (BoJ) mengumumkan untuk memotong amaun pembelian bon 10-25 tahun daripada ¥200 billion kepada ¥190 billion. Selian itu, BoJ juga mengurangkan amaun pembelian bon 25 tahun ke atas daripada ¥90 billion kepada ¥80 billion.

Kelemahan US dolar sejak beberapa jam lalu menambah tekanan kepada pasangan matawang USD/JPY. Kuroda bulan lalu telah menyatakan keluk hasil-bon adalah alat polisi monetari utama bank pusat. Untuk pengetahuan anda BoJ telah menggunakan hasil-bon sebagai alat polisi sejak tahun 2016.

Operasi pembelian bon oleh Bank of Japan sebenarnya adalah satu perkara yang rutin. Tetapi dengan pengurangan amaun pembelian bon jangka panjang menyebabkan spekulasi bertiup kencang bahawa BoJ telah mula membuat ‘tapering’.

“Pengumuman ini menambah kepada spekulasi bahawa BoJ berkemungkinan akan mengurangkan rangsangan,” kata penganalisis di Maybank.

Sebelum ini Gabenor Kuroda menolak spekulasi untuk mengurangkan rangsangan dalam masa terdekat walaupun sebelum ini beberapa ahli bank pusat bimbang dengan kadar keuntungan institusi perbankan. Hal ini telah membawa kepada spekulasi bahawa bank pusat perlu mempertimbangkan untuk menaikkan sasaran hasil-bon atau pun memperlahankan pembelian aset pada 2018.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat