USD Kekal Bergelut Menjelang FOMC!

444

Pergerakan suram terus diperlihatkan dagangan US dolar ketika pasaran semakin menghampiri dengan mesyuarat polisi FOMC yang bakal menentukan hala tuju dasar Federal Reserve (Fed) seterusnya.

Ketika sesi Asia, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback diperdagangkan berlegar di sekitar paras terendah 5 minggu berbanding sekumpulan mata wang utama pada 103.25.

Pasaran kini memberi tumpuan sepenuhnya kepada mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis dengan meletakkan jangkaan bahawa Fed akan melaksanakan kenaikan sebanyak 25 mata asas.

Antara yang paling menyinar di sebalik kelemahan US dolar, adalah mata wang euro yang mencatat peningkatan ke paras tertinggi 5 minggu berbanding greenback.

Euro turut mendapat manfaat paling besar daripada kebimbangan terhadap krisis perbankan yang mereda, di mana Bank Pusat Eropah (ECB) dilihat akan meneruskan kenaikan kadar faedahnya lagi jika perlu.

Sementara itu, mata wang pound pula terus berundur dari paras tertinggi 6 minggu menjelang terbitan data inflasi UK pada sesi Eropah hari ini dan mesyuarat Bank of England (BOE) pada Khamis.

Kebimbangan terhadap krisis perbankan dilihat terus berkurangan susulan kenyataan daripada Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat, Janet Yellen.

Ujarnya kepada bank, beliau bersedia untuk campur tangan dalam melindungi pendeposit di bank AS yang lebih kecil serta berdepan risiko besar seperti Silicon Valley Bank (SVB).

Meneliti pergerakan mata wang utama lain, dolar loonie diniagakan merosot selepas data inflasi Kanada menunjukkan penurunan berterusan pada bulan Mac.

Selain itu, dolar Aussie kembali memaparkan pemulihan pada sesi Asia selepas susut lebih rendah ekoran minit mesyuarat Reserve Bank of Australia (RBA) bahawa ia akan mempertimbangkan untuk hentikan kenaikan kadar.

Berminat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai pasaran mata wang? Jom sertai komuniti kami. Klik di sini untuk join.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat