Minit RBA: Bank Pusat Nak Hentikan Pengetatan?

233

Menghiasi dagangan sesi Asia pada Selasa adalah terbitan laporan minit mesyuarat polisi Reserve Bank of Australia (RBA) untuk bulan Mac yang telah menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas kepada 3.60%.

Berikut merupakan beberapa butiran mengenai pandangan pembuat dasar mengenai polisi semasa yang didedahkan dalam minit tersebut: 

  • Lembaga bersetuju untuk mempertimbangkan semula ‘kes’ untuk menghentikan sementara (pause) kenaikan kadar faedah pada mesyuarat April.
  • Dasar yang ketat dan ketidaktentuan dalam prospek menunjukkan kesesuaian untuk mengekalkan kadar yang stabil.
  • Menghentikan sementara akan memberi masa untuk menilai semula prospek ekonomi.
  • Penggubal dasar akan terus meneliti data pekerjaan, inflasi, jualan runcit, tinjauan perniagaan dan perkembangan global.
  • Pengetatan lanjut dasar monetari mungkin diperlukan untuk menurunkan inflasi.
  • Inflasi terlalu tinggi, pasaran buruh ketat dan tinjauan perniagaan kukuh.
  • Produktiviti yang lembap boleh menyebabkan inflasi yang lebih berterusan.
  • Kadar faedah Australia lebih rendah berbanding beberapa negara lain, boleh memberi kesan kepada dolar Aussie.
  • Data terkini adalah lebih perlahan daripada jangkaan, pertumbuhan lembap kelihatan telah berlanjutan ke suku kedua.

Ekoran daripada minit ini, dapat dilihat bahawa RBA bersedia untuk menghentikan kitaran pengetatannya.

Pasaran kini menjangkakan bank pusat itu tidak akan melakukan perubahan pada mesyuarat polisi 4 April, dengan pengurangan sebanyak 25 mata asas dijangka pada bulan Julai. 

Berminat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai pasaran mata wang? Jom sertai komuniti kami. Klik di sini untuk join.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat