USD Kembali Kuat, Tumpuan Kini Pada Data PMI AS!

518

Greenback diperdagangkan lebih kukuh pada awal sesi Eropah ketika pelabur diperlihatkan dengan beberapa penerbitan data ekonomi utama dari Zon Eropah dan UK.

Bacaan yang bercampur-campur dalam data PMI pembuatan dan perkhidmatan Zon Eropah mendorong sedikit penyusutan mata wang euro untuk tergelincir di bawah harga 1.0800 berbanding USD.

Sementara bacaan yang meleset daripada jangkaan dalam data yang sama di UK, telah menolak jatuh mata wang pound ke paras terendah empat minggu berbanding greenback.

Dalam pada itu, US dolar terus memanfaatkan sokongan daripada beberapa kenyataan penggubal dasar Fed yang masih menyokong untuk teruskan kenaikan kadar faedah.

Berbeza pula dengan Pengerusi Fed Jerome Powell yang telah memberi isyarat untuk menghentikan kenaikan pada mesyuarat seterusnya.

Data PMI Amerika Syarikat yang akan dikeluarkan pada sesi New York bakal memberi petunjuk buat pasaran sama ada Fed boleh terus menaikkan kadar atau sebaliknya.

Pada masa yang sama, tumpuan juga disasarkan kepada laporan minit mesyuarat FOMC yang akan diterbitkan pada awal pagi Khamis.

Melihat pergerakan mata wang di Asia, dolar New Zealand diniagakan susut di tengah kewaspadaan pelabur menjelang mesyuarat polisi bank pusat pada hari Rabu.

Selain itu, dolar Aussie pula kekal didagangkan pada sekitar paras terendah, disusuli oleh dagangan dolar Kanada yang turut menyusut berbanding greenback.

Di sisi lain, mata wang yen kecundang ke paras terendah enam bulan berbanding US dolar yang lebih kuat selain turut terkesan oleh pengukuhan berterusan dalam hasil perbendaharaan AS 10 tahun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat