Aktiviti Pembuatan Dan Perkhidmatan Eropah Tak Sehaluan!

164

Permulaan dagangan sesi Eropah dihiasi dengan pembacaan data PMI pembuatan dan perkhidmatan dari Zon Eropah dan UK yang bercampur-campur.

Aktiviti pembuatan di ekonomi terbesar Eropah, Jerman terus menunjukkan penguncupan mendalam pada bulan Mei dengan catatan 42.9 daripada 44.7 sebelumnya.

Bagaimanapun aktiviti perkhidmatan pula sebaliknya, mencatat pengembangan sedikit lebih kukuh kepada 57.8 pada bulan ini daripada 56.0 yang dicatatkan pada April.

Sebagai pengetahuan, angka 50 memisahkan perbezaan antara pengembangan dan penguncupan sesuatu aktiviti. Sekiranya bacaan di atas 50 menunjukkan pengembangan, manakala bawah 50 sebaliknya.

Sementara itu di Perancis, sektor pembuatan juga kekal menguncup dengan sedikit berubah pada 46.1 daripada 45.6, manakala perkhidmatan masih berkembang pada 52.8 daripada 54.6.

Keseluruhannya di Zon Eropah, aktiviti pembuatan terus di bawah penguncupan kepada 44.6 daripada 45.8, sementara perkhidmatan pula meningkat 55.9 daripada 56.2.

Menurut HCOB yang melakukan tinjauan tersebut, penguncupan dalam sektor pembuatan ke paras terendah sejak Mei 2020 adalah berpunca daripada kejatuhan berterusan dalam permintaan.

Selain Zon Eropah, UK turut mengeluarkan data PMI yang menyaksikan aktiviti pembuatan juga terus mencatat kemerosotan kepada 46.9 daripada 47.8.

Aktiviti perkhidmatan UK pula kekal berkembang pada 55.1 walaupun sedikit susut daripada 55.9 bulan sebelumnya.

Secara keseluruhan, ia menunjukkan pertumbuhan yang perlahan tetapi sekurang-kurangnya ini terus mengetepikan kebimbangan tentang kemelesetan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat