USD Melonjak Menuju Sesi New York! Trader Dah Siap Masuk Posisi?

601

Permulaan dagangan sesi Eropah menyaksikan US dolar mendapat sokongan untuk kembali meningkat berbanding pesaing utamanya.

Ketika penulisan, indeks dolar diperdagangkan sedikit meningkat pada 93.63 berbanding enam matawang utama lain.

Matawang komoditi, dolar Aussie, kiwi dan loonie pula menghentikan kenaikan dengan kembali susut dari paras ketinggian bulanan yang dicapainya sebelum ini.

Penyusutan ini mungkin disebabkan oleh berita kurang menyenangkan mengenai syarikat hartanah gergasi China, Evergrande yang masih terperangkap dalam kemelut hutangnya.

Terbaru, Evergrande dilaporkan gagal menjual sebahagian asetnya kepada Hopson Development Holdings menyebabkan pelabur bimbang syarikat itu tidak dapat menyelesaikan masalah hutangnya dan sekali gus memberi impak besar pada pasaran global.

Bagaimanapun, pada masa yang sama faktor yang menyokong dagangan matawang komoditi masih lagi kuat berikutan harga komoditi yang masih tinggi.

Sementara itu, matawang pound bergelut mempertahankan harga dari jatuh di bawah 1.3800 berikutan kebangkitan semula USD dan jangkaan menyuramkan mengenai Covid-19 ketika musim sejuk yang menjelang tiba.

Namun, keyakinan untuk Bank Pusat England (BOE) akan menaikkan kadar faedah lebih cepat dari dijangkakan, membantu mengimbangkan keresahan pelabur untuk terus berpegang pada matawang itu.

Matawang euro pula sedikit merosot, tetapi harga masih bertahan di sekitar paras ketinggian dua minggu berbanding dolar greenback.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat