USD Perlukan Suntikan Tenaga Untuk Meningkat

493

US dolar didagangkan sedikit susut pada sesi Asia, dengan pergerakan harga menyusuli pengunduran hasil bon AS 10 tahun dari paras tertinggi dua tahun.

Penanda aras hasil bon AS 10 tahun merosot ke tahap 1.84% dari paras tertinggi yang disentuhnya pada Rabu pada 1.89%. Sementara indeks dolar pula diniagakan pada 95.46 berbanding sekumpulan mata wang utama.

Pada sesi sebelum ini, pelabur telah menyaksikan penerbitan data inflasi Kanada yang melonjak ke paras tertinggi 30 tahun. Pada bulan Disember, indeks harga pengguna meningkat kepada 4.8% daripada 4.7% yang dicatatkan pada November.

Susulan bacaan ini, dolar Kanada didagangkan mengukuh di sekitar paras ketinggian hampir dua bulan, selain turut disokong oleh lonjakan harga minyak mentah dunia di tahap tertinggi 7 tahun.

Meneliti pergerakan mata wang Eropah, euro kekal berlegar di sekitar harga yang sama pada 1.13600. Sementara dagangan pound pula stabil pada 1.3600 selepas susut dari paras tertinggi tahun ini.

Risiko dijangka terus membelenggu pasaran menjelang pengumuman dasar monetari Federal Reserve (Fed) pada minggu depan, menyebabkan pelabur lebih berhati-hati untuk meletakkan posisi.

Sementara itu, Bank Pusat China (PBOC) mengurangkan kadar faedah utama pinjaman setahunnya sebanyak 10 mata asas kepada 3.70% untuk menyokong pertumbuhan ekonomi dari impak Covid-19.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat