USD Suram, Fed Kecewakan Pasaran

368

Dolar greenback didagangkan sedikit lebih rendah pada permulaan sesi Asia ketika pelabur menantikan penerbitan data inflasi Amerika Syarikat pada minggu ini.

Beberapa penggubal dasar Federal Reserve (Fed) memberikan ucapan dalam acara yang berbeza pada sesi New York sebelum ini, namun, hanya sedikit panduan mengenai dasar monetari telah diperkatakan.

Naib Pengerusi Fed Richard Clarida berkata bahawa pananda aras untuk menaikkan kadar faedah boleh dicapai menjelang akhir 2022.

Bagaimanapun, Clarida turut menambah bahawa bank pusat masih jauh daripada mengangkat rangsangan sepenuhnya dengan mengatakan beliau menjangkakan pekerjaan akan kembali ke tahap pra-pandemik menjelang akhir 2022.

Sementara Pengerusi Jerome Powell pula terus mencadangkan bahawa mereka tidak tergesa-gesa untuk menaikkan kadar faedah sehingga sekurang-kurangnya pengurangan pembelian bon berakhir.

Hal ini telah menyebabkan dagangan USD sedikit suram, dengan indeks dolar diniagakan pada 94.10 berbanding sekumpulan matawang utama pada sesi Asia.

Namun, matawang gergasi itu berada tidak jauh dari paras ketinggian setahun yang dicapainya pada Jumaat lepas.

Pelabur kini menantikan pengeluaran data inflasi AS, di mana indeks harga pengeluar (PPI) akan diterbitkan pada malam ini dan indeks harga pengguna (CPI) pula pada hari Rabu.

Kebanyakan matawang utama lain pula tidak memaparkan perubahan yang besar dengan terus didagangkan di sekitar harga yang sama berbanding dolar greenback.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat