USD Tiba-tiba Dapat Kekuatan Untuk Bangkit!

570

Susulan kelemahan berterusan yang dicatatkan, US dolar tampaknya mendapat sokongan untuk sedikit meningkat pada sesi dagangan hari ini.

Ini diperlihatkan pada peningkatan indeks dolar yang diperdagangkan stabil pada 102.66 berbanding sekumpulan mata wang utama pada pembukaan sesi Eropah.

Dolar Aussie dilihat terus terkesan dengan bacaan data inflasi Australia yang menunjukkan penurunan pada bulan Februari telah menguatkan jangkaan untuk Reserve Bank of Australia (RBA) menghentikan kenaikan kadar.

Harga pengguna Australia meningkat 6.8% tahun ke tahun pada bulan lepas, menurun daripada 7.4% yang dicatatkan pada Januari.

Sementara itu, dagangan dolar New Zealand turut menyusuli penyusutan dolar Aussie di tengah-tengah kebangkitan semula US dolar.

Mata wang Eropah, euro kekal bertahan pada keuntungan dengan harga dilihat terus bergerak mendatar berbanding dolar greenback.

Pound pula bergelut untuk mempertahankan pengukuhan pada paras ketinggian 7 minggu berbanding USD, melihatkannya sedikit berubah pada sekitar harga 1.2320.

Mata wang yen pula malangnya susut lebih rendah ekoran US dolar dan hasil perbendaharaan AS 10 tahun yang lebih tinggi.

Gabenor Bank of Japan (BOJ) Haruhiko Kuroda berkata bahawa Jepun lebih hampir daripada sebelumnya untuk mencapai sasaran inflasi 2% secara mampan.

Ia secara tidak langsung memberi isyarat bahawa bank pusat itu akan terus melaksanakan dasar yang longgar.

Di sisi lain, dolar Kanada diperdagangkan lebih kukuh di tengah-tengah harga minyak mentah dunia yang menokok tinggi.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat