USD Tunggu Masa Je Ni Nak Meletup!

3,830

Dolar Amerika kekal mendatar pada sesi Eropah ketika pelabur bersiap sedia untuk terbitan data inflasi Amerika Syarikat.

Inflasi pengguna AS dijangka melonjak semula lebih tinggi pada bulan Ogos dengan meningkat kepada 3.6% tahun ke tahun daripada 3.2% yang dicatatkan pada Julai.

Hal ini boleh mendorong dagangan US dolar lebih tinggi, dan situasi sebaliknya akan berlaku jika inflasi terus menunjukkan penurunan.

Data penting ini akan menjadi petunjuk penting kepada mesyuarat polisi FOMC yang bakal berlangsung pada minggu depan.

Pelabur kini menjangkakan Federal Reserve (Fed) akan mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada mesyuarat akan datang, namun, langkah seterusnya pada November masih menjadi tanda tanya.

Sementara itu, mata wang euro kekal berlegar pada sekitar harga yang sama ketika pelabur mengambil langkah berhati-hati menjelang mesyuarat dasar Bank Pusat Eropah (ECB) pada hari esok (Khamis).

Seterusnya, pound didagangkan suram selepas diperlihatkan dengan data keluaran dalam negara kasar (KDNK) UK yang menunjukkan penguncupan lebih besar daripada dijangkakan pada bulan Julai.

Di sisi lain, dolar Aussie dan New Zealand diniagakan sedikit lebih rendah susulan penyusutan yang dicatatkan pada sesi Asia. Pelabur akan memberi tumpuan kepada data pekerjaan Australia yang akan diterbitkan pada pagi esok.

Selain itu, yen kekal berlegar pada sekitar paras terendah dengan pasaran masih menunggu langkah campur tangan daripada Bank of Japan (BOJ).

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat