USD Waspada Menanti Keterangan Jerome Powell

547

Dolar greenback terus berlegar di sekitar harga yang sama ketika pelabur menantikan keterangan Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell untuk petunjuk baharu mengenai pengetatan dasar monetari.

Jerome Powell akan memberi keterangan mengenai pencalonan semulanya untuk mempengerusikan bank pusat AS di hadapan Jawatankuasa Perbankan Senat pada sesi New York malam ini.

Berdasarkan ucapan perasmiannya dikeluarkan pada Isnin, Powell akan berjanji untuk mengekang kenaikan inflasi yang tinggi daripada menjadi lebih buruk tetapi tidak menyebut tentang rancangannya mengenai haluan dasar diketatkan.

Pada sesi Asia, US dolar memaparkan sedikit penurunan dengan indeks dolar diniagakan pada 95.87 berbanding kebanyakan mata wang utama.

Meneliti pergerakan mata wang Eropah, pound kekal didagangkan stabil dengan pergerakan harga terus berlegar di sekitar paras ketinggian untuk tahun ini selepas mencatat kerugian sederhana pada sesi sebelum ini.

Sementara itu, pelabur turut diperlihatkan dengan pengeluaran data jualan runcit Australia yang menunjukkan bacaan positif, sekali gus memberi sedikit sokongan untuk dolar Aussie mencatat kenaikan.

Dalam pada itu, safe-haven yen sedikit susut berbanding dolar greenback, menyaksikan mata wang itu diniagakan berlegar pada 115.30 pada sesi Asia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat