USDCAD Analisa Fundamental Harian 2 Dec 2014

62

trade-forex-malaysia-canada
Dollar CAD terus menjunam dibawah paras 1.1350 ketika sesi penutupan dagangan London apabila data perkilangan Amerika Syarikat amat mengecewakan pada Isnin.  Minyak mentah terus meningkat sekitar 68.30 dan emas terus memacu keparas tertinggi minggu lepas.

Bajet Kanada dijangkakan akan kembali pulih dengan lebihan dagangan pada tahun fiscal berikutnya walaupun dengan harga minyak yang tidak menentu, menurut Menteri Kewangan Joe Oliver pada Ahad lalu.  Dalam satu temuramah bersama Global News Television Program “The West Block”, Oliver mengatakan kadar hutang isirumah yang tinggi tidaklah merisaukan beliau.  Kanada adalah pengeksport utama minyak dunia dan walaupun harga minyak yang rendah akan memberi kesan pada aktiviti ekonomi Kanada, pada masa yang sama, ianya memberikan pengguna lebih wang untuk dibelanjakan dan disimpan.  Ini secara tdak langsung akan membantu para pekilang kata Oliver.

Menurut beliau lagi, kejatuhan harga adalah disebabkan peningkatan pengeluaran melalui telaga-telaga baru di Amerika yang membantu ekonomi mereka dan secara tidak langsung membantu ekonomi Kanada juga yang mengeksport ke Amerika Syarikat.  Ekonomi Kanada mengembang lebih baik dari jangkaan penganalisis ekonomi pada suku ketiga disebabkan peningkatan eksport minyak mentah dan perbelajaan pengguna yang meningkat terutamanya pembelian kenderaan dan lain-lain barangan mahal.

GDP tahunan Kanada meningkat kepada 2.8% dari Julai ke September 2014 menurut Jabatan Statistik di Ottawa pada Isnin.  Walaupun peningkatan itu melebihi dari kesemua 21 jangkaan penganalisis ekonomi Bloomberg, dengan julat pertengahan 2.1%, ianya adalah kurang dari suku kedua yang menunjukan 3.6% pengembangan ekonomi.

Masih belum mempunyai pengalaman trading? Jom buka akaun demo bersama One Financial Markets di sini – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat