USDCAD Analisa Fundamental Harian 20 Aug 2015

38

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-012

Dolar CAD meningkat lebih 150 pips Rabu semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.3175 sebelum menutup sekitar paras 1.3125; setelah para pedagang bersedia untuk minit mesyuarat FOMC awal pagi Khamis. Minit mesyuarat FOMC mengesahkan Feds berkemungkinan besar menangguhkan kenaikan “interest rate” dan ini menurunkan nilai dolar. Pada masa yang sama, dengan harga minyak mentah yang terus rendah, permintaan untuk Dolar Kanada dikurangkan dengan ketara.

Harga minyak jatuh selepas Iran memberi amaran bahawa sekatan yang baru diangkat ke atas pengeluaran mereka akan menyaksikan pasaran dibanjiri dengan minyak Iran, lalu memburukkan lagi lebihan global. Selain itu, kiraan pelantar AS yang terbaru menyaksikan penggerudi Amerika Utara bertambah, walaupun permintaan jatuh.

Kadar pertukaran USD/CAD meningkat sekitar 0.3% pada minggu ini. Dengan perbezaan pendapat tentang masa Federal Reserve menaikkan “interest rate”, Dolar AS dilihat agak lemah semasa perdagangan sesi Eropah semalam. Satu aliran pecahan, bagaimanapun, boleh dikaitkan dengan Indeks Pasaran Perumahan NAHB, yang menepati unjuran ahli ekonomi untuk kenaikan 60-61 pada bulan Ogos.

Dapatkan Pakej Lengkap Mudahnya Belajar Forex yang dihasilkan oleh MoshedFX. Pakej Lengkap merupakan Ebook, Video, dan Support dari MoshedFX untuk mula menjana keuntungan melalui Forex Trading – Klik Sini untuk lihat Testimoni yang sudah berjaya !

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat