USDCAD Analisa Fundamental Harian 29 Jul 2015

35

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-013

Dollar CAD jatuh lebih 125 pips Selasa semalam, untuk mencapai paras terendah harian sekitar 1.2910 sebelum menutup sekitar paras 1.2920; setelah para pedagang mengambil untung apabila kadar tukaran USD|CAD mencapai paras tertinggi bulanan semalam.  Ketika artikel ini ditulis, ianya berlegar-kegar sekitar 1.2930 dibawah pivot harian sekitar 1.2960.

Dollar Amerika bermula dengan perlahan pada minggu ini, apabila ia jatuh kembali dan memulangkan sebahagian besar kenaikan pada Jumaat terhadap CAD. Aktivti pengambilan untung berlaku terhadap USD, menjelang kenyataan dasar kewangan Feds dan perlepasan data pertumbuhan suku kedua. CAD yang mampu memacu ke sejauh 1.2900 sebelum tema utama memandu loonie dan meletakkan tekanan ke atas mata wang Kanada itu: harga minyak yang lebih rendah dan permintaan yang lebih rendah bagi barangan dari China.

Pedagang Dollar Kanada cemas apabila minyak mentah turun kira-kira 50% kepada paras terendah sekitar $43 setong pada Mac, dari lebih $100 pada Jun tahun lepas. Dengan harga yang tinggi, ekonomi wilayah Kanada telah bergerak aktif dan baik-baik saja, tetapi walaupun pada paras semasa sekitar $50 setong, pengeluar hampir tidak pulang modal. Kesan daripada pengurangan modal serta perbelanjaan dan kehilangan pekerjaan telah dirasai oleh wilayah ekonomi Kanada ketika ini.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat