USDCAD Analisa Fundamental Harian 4 Nov 2015

46

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-003

Dollar CAD yang melonjak lebih 80 pips sepanjang sesi Asia dan Eropah Selasa semalam untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.3165, kembali merudum lebih 125 pips sepanjang dagangan petang New York, ke paras terendah harian sekitar 1.3035 sebelum menutup sekitar paras 1.3060; apabila Dollar AS melonjak menjelang keterangan Pengerusi Federal Reserve Janet Yellen kepada kongres AS hari ini. Namun, lonjakan harga minyak sepanjang sesi dagangan semalam, membantu sokongan belian untuk Dollar Kanada.

“Data ekonomi Amerika Syarikat dan Eropah memberikan sedikit sokongan kepada pasaran saham AS, di mana pelabur meletakkan wang tunai untuk melabur dalam dagangan hari pertama bulan baru dan permulaan tahun fiskal bagi dana bersama,” menurut Andrew Frankel, Presiden bersama Stuart Frankel & Co di New York.  Dow Jones Industrial Average meningkat 88.46 mata atau 0.5% kepada 17.752, S&P500 mendapat 13.5 mata, atau 0.65% kepada 2,092.86 dan Nasdaq Komposit menambah 46.10 mata, atau 0.91% kepada 5,099.85.

[adrotate group=”6″]

Pasaran meningkat walaupun terdapat berita negatif dari pengeluar. Indeks RBC ‘manufacturing’ Kanada bagi Oktober, petunjuk kesihatan industri pembuatan Kanada yang dipantau rapat oleh pasaran, merosot kepada paras paling teruk sejak kajian itu bermula pada tahun 2010.  Diselaraskan selepas pengaruh bermusim, indeks tersebut mencatatkan bacaan 48.0 pada bulan Oktober, turun daripada 48.6 pada bulan September. Ini merupakan bulan ketiga berturut-turut indeks itu telah berada di bawah 50.0. Angka di atas 50 menandakan pertumbuhan pembuatan, manakala di bawah 50 menandakan penguncupan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat