USDCAD Analisa Fundamental Harian 5 Jun 2015

39

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-017

Dollar CAD terus menokok lebih 65 pips untuk mencapai paras tertinggi sekitar 1.2505 Khamis semalam, sebelum menutup sekitar paras 1.2500; setelah Dollar terus mendapat permintaan terkesan dari tuntutan pengangguran AS yang lebih baik, pada 276 ribu berbanding jangkaan 280 ribu dan 284 ribu pada sebelumnya. Walaupun index Ivey PMI Kanada juga meningkat jauh lebih baik, dari 58.2 kepada 62.3 berbanding jangkaan 55.1; ia tidak mendorong pembelian lebih banyak Dollar Kanada.

“Trajektori eksport minyak mentah adalah penting kerana, dalam jangka masa sederhana, Dollar Kanada adalah 93% berkait dengan terma-terma dagangan Kanada dan seterusnya, adalah berkait rapat dengan harga minyak mentah – CAD adalah ibarat anjing yang sedang di rantai,” menurut Kevin Hebner, ketua strategi pertukaran asing di JPMorgan Chase & Co.

Dalam satu laporan matawang, Royal Bank of Canada menjangka “loonie” akan jatuh kepada lebih 76 sen pada suku ketiga.  Bank Perdagangan Imperial Kanada pula meramalkan kejatuhan 79 sen menjelang akhir tahun ini, dan Bank of Nova Scotia adalah hampir dengan kira-kira 79.5 sen.  Tidak ketinggalan, Societe Generale mengunjurkan ia akan berada di antara 77 sen ke hampir 78 sen pada bila-bila masa dari sekarang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat