Dollar CAD menjunam lebih 140 pips Jumaat lalu, dari paras tertinggi sekitar 1.2575 untuk mencapai paras terendah sekitar 1.2425; sebelum menutup pada sekitar 1.2490, sekaligus meletakkan kadar tukaran USD|CAD untuk berada di bawah pivot hari ini, sekitar 1.2495, ketika artikel ini ditulis. “Three black crow candles pattern” dapat dilihat dengan jelas di carta harian, yang menunjukkan potensi untuk Dollar terus dijual.
Di pasaran komoditi, minyak mentah didagangkan dalam suasana ‘ranging’ Jumaat lalu, dengan paras tertinggi dilaporkan pada sekitar $50.25 setong dan terendah sekitar $48.10 setong sebelum menutup pada sekitar $49.40 setong. Minyak mentah yang telah meningkat harga selama 3 minggu berturut-turut, sedikit sebanyak membantu sokongan belian untuk “loonie” dan harga sedang berada di atas pivot hari ini, sekitar $49.28 setong ketika artikel ini ditulis.
Walau bagaimanapun, Iran diberitakan telah mendapat persetujuan antarabangsa untuk kembali menjual simpanan minyaknya, sekaligus lambakan bekalan ini dilihat bakal menyebabkan harga minyak jatuh kembali. Hari ini keadaan dilihat memihak kepada “loonie”, lantaran Kanada yang bakal melaporkan data “Ivey PMI” yang dijangka meningkat dari 49.7 kepada 51.1 dan Amerika Syarikat pula bakal melaporkan “non-manufacturing PMI” yang dijangka mengurang dari 56.9 kepada 56.5; sebarang kenaikan kadar tukaran USD|CAD merupakan satu peluang jualan untuk hari ini.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni