USDJPY Analisa Fundamental Harian 10 Feb 2015

31

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-010

Selepas melonjak naik lebih 200 pips Jumaat lalu, lantaran data NFP Amerika Syarikat yang dilaporkan lebih baik dari jangkaan; kini Dollar Yen dalam fasa “consolidation” dengan para pelabur, pengurus dana, dan pedagang yang mengambil untung.  Isnin semalam kadar tukaran USD|JPY didagangkan antara julat 119.15 hingga 118.40 dengan trend mingguan yang masih lagi “bearish”.

Non Farm Payroll AS yang dilaporkan pada 257 ribu berbanding jangkaan 234 ribu; dan sebelumnya yang dikemaskini kepada 329 ribu pekerja, menunjukkan pasaran pekerjaan dan ekonomi AS yang semakin memulih.  Ini dilihat sebagai satu potensi untuk Federal Reserve Amerika Syarikat menaikkan “interest rate” lebih cepat dari jangkaan.  Pada masa yang sama di Jepun pula, lebihan dagangan Jepun menyusut dari 3.23 trilion Yen pada 2013 kepada 2.63 trilion Yen tahun lepas; sekaligus menunjukkan ekonomi Jepun yang yang masih memerlukan dana ransangan.

Dengan ketiadaan sebarang data berimpak tinggi dari kedua-dua negara hari ini, pasaran dijangka terus dalam dagangan “ranging”.  Sebarang kejatuhan ke paras 117.50 dilihat sebagai satu peluang belian, walaupun pedagang dilihat lebih berminat dengan jualan setinggi paras 121.00 selari dengan trend mingguan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat