USDJPY Analisa Fundamental Harian 14 Sep 2015

34

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-001

Dollar Yen berada dalam dagangan ‘sideway’ dengan pergerakan sekitar 60 pips Jumaat lau, dari paras tertinggi harian sekitar 120.95 ke serendah 120.35; setelah sesetengah pegawai Bank of Japan melihat kemungkinan yang semakin meningkat bahawa bank pusat Jepun akan mengurangkan prospek inflasi dan melambatkan lagi jangka masa bagi mencapai sasaran 2% disebabkan oleh harga minyak yang lebih murah.

Pegawai-pegawai BoJ pada masa yang sama, meletakkan keutamaan kepada pengukur harga alternatif yang tidak termasuk tenaga, dan dengan itu menunjukkan trend inflasi yang bertahan.  Sebarang keperluan untuk sebarang rangsangan monetari tambahan akan ditentukan oleh data ekonomi dalam beberapa bulan yang akan datang.

[adrotate group=”6″]

Ransangan tambahan tidak akan diperlukan jika harga minyak adalah satu-satunya faktor di sebalik keputusan untuk menurunkan ramalan inflasi BoJ, yang dijadualkan pada 30 Oktober ini, apabila ia mengeluarkan laporan tinjauan ekonominya.  Hanya satu daripada 36 ahli ekonomi berkata BoJ boleh mencapai matlamat inflasi 2%, menurut kajian yang dijalankan pada 27 Julai hingga 3 Ogos lalu. 12 daripada 37 penganalisis pula meramalkan BoJ akan menambah ransangan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat