USDJPY Analisa Fundamental Harian 24 Jul 2015

34

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-017

Dollar Yen berada dalam dagangan ‘sideway’ Khamis semalam, dengan pergerakan sekitar 55 pips dari paras tertinggi harian sekitar 124.20 ke serendah 123.65; selepas ‘trade balance’ Jepun dilaporkan sedikit mengecewakan.  Tuntutan pengangguran AS yang lebih baik dari jangkaan juga tidak banyak membantu permintaan untuk Dollar. Dari setahun lebih awal, eksport Jepun meningkat sebanyak 9.5%, peningkatan pada kadar 2.4% daripada bulan Mei tetapi masih di bawah jangkaan 10%.

Pada masa yang sama, import Jepun susut 2.9%, lebih baik daripada penurunan 8.7% yang dicatatkan pada bulan Mei, dan diramalkan menguncup 4%. Dengan import yang melebihi eksport, imbangan perdagangan mencatat defisit sebanyak ¥69 bilion, jauh di bawah jangkaan lebihan sebanyak ¥5.4 bilion.  Walaupun angka pertumbuhan eksport tersasar sedikit, eksport ke China dan Amerika Syarikat meningkat sebanyak 5.9% dan 17.6% setiap satu; meningkat daripada 1.1% dan 7.4% yang dilihat sebelum ini.

Walaupun Yen semakin lemah, harga minyak mentah yang lebih rendah telah banyak membantu mengurangkan import Jepun dari segi nilai; terutamanya selepas import minyak mentah menjunam 42.5% dalam tempoh enam bulan dan purata harga minyak menjunam 47.9% daripada setahun yang lalu, kepada $57.7 setong.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat