USDJPY Analisa Fundamental Harian 4 Mei 2015

49

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-007

Dollar Yen terus memacu naik lebih 90 pips untuk hari ketiga berturut-turut, pada Jumaat lalu sebelum menutup lebih tinggi dari pembukaan sekitar paras 120.10; terkesan dengan ramalan dari Bank of Japan untuk melemahkan Yen. Ahli ekonomi telah berkata BoJ perlu melonggarkan lagi dasar monetari, mungkin pada akhir tahun ini, untuk membawa Jepun lebih dekat dengan sasaran inflasi dua peratus itu.

Sasaran inflasi BoJ adalah asas kepada usaha Perdana Menteri Shinzo Abe untuk menakluk deflasi dan memulihkan ekonomi Jepun. Gabenor Kuroda sebelum ini telah mengakui bahawa mengeluarkan Jepun daripada deflasi telah terbukti sebagai “mencabar”, dan beliau memberi amaran bahawa inflasi sementara boleh jatuh kepada sifar.

BoJ memotong jangkaan pertumbuhan dan inflasi pada Khamis lalu, ekoran kelemahan dari data dan laporan yang ditunjukkan oleh ekonomi nombor empat dunia itu, manakala penganalisis menjangkakan lebih banyak rangsangan pada akhir tahun ini.  GDP Jepun dijangka akan berkembang 2.0% pada tahun ini hingga Mac 2016, manakala kadar inflasi dilihat pada 0.8%, BoJ berkata dalam satu laporan setengah tahun.  Anggaran sebelumnya adalah masing-masing sebanyak 2.1% dan 1.0%.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat