Utusan Dinyah Senarai Daripada Bursa Malaysia Berkuatkuasa Hari Ini

268

Utusan Melayu (M) Bhd dinyahsenaraikan daripada Bursa Malaysia berkuatkuasa hari ini iaitu 30 Ogos susulan keputusan syarikat itu yang tidak akan mengemukakan rayuan kepada Bursa terhadap penyahsenaraian tersebut.

Saham syarikat tersebut digantung disebabkan kegagalannya membuat rayuan sebelum tarikh akhir yang ditetapkan oleh Bursa pada 27 Ogos dan ketika digantung, harga dagangan terakhir berada pada 5.5 sen per unit.

Syarikat tersebut mula disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (KLSE) pada tahun 1994 dan tahun ini menjadikan saham Utusan berusia 25 tahun di bursa tempatan.

Kerugian yang ditanggung sejak 2012 menyebabkan mengheretnya ke status Nota Amalan PN17 (PN17) pada Ogos tahun lalu kerana kegagalan terhadap pembayaran prinsipal termasuk keuntungan kepada Bank Muamalat Malaysia Bhd dan Maybank Islam Bhd berjumlah RM1.18 juta.

Nota Amalan PN17 (PN17) dikenakan ke atas syarikat yang mempunyai masalah kewangan dan tidak memenuhi syarat minimum dari segi modal yang ditetapkan oleh Bursa Malaysia serta perlu mengemukakan pelan perancangan penstrukturan semula yang bertujuan membaik pulihkan operasi syarikat.

Utusan menyatakan bahawa bagi mencari pelabur yang berpotensi untuk menyelamatkan syarikat tersebut adalah sukar kerana mereka menanggung liabiliti yang sangat besar dengan jumlah hutang sebanyak RM139.19 juta dicatatkan setakat 30 Jun 2019.

Bagi meneruskan operasi dan menstabilkan kewangan syarikat, Utusan menaikkan harga akhbar-akhbar yang diterbitkan sebanyak 50 sen dengan menjadikan harga Utusan Malaysia daripada RM1.50 kepada RM2 senaskah manakala Kosmo daripada RM1 kepada RM1.50 senaskah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat