Verifone & BitPay Jalin Kerjasama Mahu Luaskan Penggunaan Kripto

217

Firma fintech Verifone akan bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan pembayaran bitcoin, BitPay dalam usaha memperkenalkan pilihan pembayaran matawang kripto kepada kliennya.

Perkhidmatan ini dikatakan akan diperkenalkan kemudian sebelum berakhir 2021 dan hanya terhad tersedia di Amerika Syarikat (AS).

Melalui kaedah itu, pengguna Verifone dapat menikmati pembayaran kripto di mana-mana cawangannya dan platform eCommerce Cloud Services.

Kelebihan ini juga pada masa yang sama dapat membantu para peniaga untuk meluaskan lagi pilihan pembayaran pelanggannya sekaligus mempromosikan penerimaan aset digital.

Kemudahan ini menampung beberapa matawang kripto: Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH), Bitcoin Cash (BCH), Wrapped Bitcoin (WBTC), Litecoin (LTC), Dogecoin (DOGE), Gemini dollar (GUSD), USD Coin (USDC), USD Partners LP (USDP), Dai (DAI), dan Binance USD (BUSD).

Pengguna hanya perlu menggunakan wallet kripto sama ada BitPay, BlockchainCom, BRD, atau Metamask di peranti Verifone dan imbas QR kod ketika checkout. Selesai semuanya, Verifone akan menghantar bayaran tersebut ke akaun bank peniaga dalam bentuk matawang fiat.

Selain Verifone, BitPay juga turut menjalankan kerjasama bersama Apple. Pada April, pengguna Apple boleh belanja menggunakan BTC melalui Apple Pay, dengan syarat memiliki kad BitPay dan ditambah ke dalam Apple Wallet.

Manakala firma pengurusan harta, Magnum Real Estate Group telah membolehkan pembelinya menggunakan BTC untuk pembelian bangunan tiga tingkat bernilai $29 juta. Transaksi pembelian akan diproses BitPay.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat