Virus China Datang Lagi, 35 Orang Kena Serang Virus Langya!

441

‘Dulu kelawar, lepas tu monyet, kini tikus pula yang jadi ancaman manusia.’

Daerah timur China melaporkan penemuan sejenis virus jangkitan baru dikenali sebagai Langya heipavirus (LayV) yang boleh tersebar antara haiwan kepada manusia.

Lebih membimbangkan apabila terdapat sumber laporan mengatakan seramai 35 orang di wilayah Shandong dan Henan, China telah dijangkiti virus tersebut.

Menurut kenyataan yang diterbitkan New England Journal of Medicine pada 4 Ogos lalu, Langya pertama kali dikenal pasti dalam sampel swab kerongkong daripada seorang pesakit.

Difahamkan 26 daripada 35 pesakit mengalami gejala demam, keletihan, batuk, sakit kepala, loya, muntah dan sakit otot serta kebanyakan mereka dikenal pasti adalah dalam kalangan petani.

Kajian susulan turut mendapati bahawa hidupan mamalia kecil liar merupakan pembawa utama virus Langya berdasarkan satu penemuan bahawa haiwan jenis tersebut mungkin ‘habitat semula jadi virus itu’.

Sungguhpun begitu orang ramai tidak perlu khuatir kerana setakat ini tiada penemuan jangkitan antara manusia ke manusia.

Ringkasan mengenai Langya, ia berada dalam neus henipavirus iaitu di bawah keluarga sama seperti virus Hendra dan virus Nipah.

Sebagai makluman, jenis-jenis virus ini terkenal dengan menjangkiti manusia dan membawa penyakit maut.

Contohnya, virus Nipah yang di bawa oleh beberapa jenis kelawar buah dan khinzir di mana ia boleh berjangkit terus dari manusia ke manusia serta melalui buah yang tercemar.

Tetapi, tegas China Global Times bahawa kes henipavirus Langya setakat ini tidak membawa maut atau boleh dikategorikan serius.

Pun begitu, Professor Wang Linfa dari Program Emerging Infectious Diseases Sekolah Perubatan Duke-NUS Singapura menasihati orang ramai untuk terus berwaspada dengan virus tersebut dan yang bakal muncul.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat