Virus Pembunuh Ini Akibatkan Kerugian $113 Bilion Dolar Syarikat Penerbangan Dunia!

392

Menurut International Air Transport Association (IATA), syarikat penerbangan dunia telah mengalami kerugian antara $63 bilion dolar hingga $113 bilion dolar pada tahun ini. Hal ini demikian kerana penularan wabak COVID-19.

Pada peringkat awal, mereka telah mengesahkan lebih daripada 100 kes akibat wabak tersebut hingga menyebabkan permintaan pelanggan merosot terutamanya di Amerika Utara, Asia Pasifik dan Eropah.

Antara pasaran yang terjejas merangkumi China sebanyak -23%, Jepun sebanyak -12%, Singapura sebanyak -10%, Korea Selatan sebanyak -14%, Itali sebanyak -24%, Jerman sebanyak -10% dan Iran sebanyak -16%. Manakala negara Asia yang lain mencatatkan penurunan permintaan sebanyak 11%.

Sementara itu, permintaan di negara Eropah dan Timur Tengah yang lain jatuh sebanyak 7%.

Berikutan dengan penyebaran wabak yang semakin membimbangkan, mereka telah mencatatkan kerugian 19% iaitu $113 bilion dolar persis ketika krisis kewangan global pada tahun 2009.

Selain itu, operasi kargo turut terjejas akibat COVID-19. Pada bulan lalu, sebanyak $29.3 bilion dolar kerugian telah dicatatkan yang sebahagian besarnya dikaitkan dengan pasaran China. Di samping itu, harga saham syarikat penerbangan dikatakan telah jatuh hampir 25% sejak wabak berkenaan tersebar iaitu penurunan lebih tinggi berbanding krisis SARS pada tahun 2003.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat