Wah! Group K-Pop Ini Bakal Terbitkan Koleksi Digital Menggunakan Blockchain Polkadot

592

Subsidiari syarikat hiburan Korea Selatan, RBW (Rainbowbridge World) Japan dijangka akan melancarkan non-fungible token (NFT) menerusi pertukaran Hong Kong, Xeno.

RBW mewakili kumpulan K-Pop terkemuka Mamamoo, termasuk Vromance dan Oneus.

Melalui pengenalan NFT dalam industri ini, lebih mudahlah untuk peminat K-Pop membeli produk digital yang berkaitan dengan kumpulan kegemaran mereka menggunakan teknologi blockchain termasuk tiket digital, token keahlian, hak kandungan digital, dan ‘3D rendering’ idola K-Pop.

Xeno turut mengumumkan RBW Japan telah menerima hak eksklusif pertukaran NFT untuk melancarkan dan menyenaraikan produk digital berdasarkan NFT mereka.

Jelas CEO RBW Japan, Jae-Woong Wang, pengenalan NFT juga membuka peluang kepada artis dan pencipta kandungan kreatif untuk menawarkan produk terbaharu dan menarik kepada peminat mereka.

Keputusan yang diambil ekoran daripada pandemic COVID-19 telah menyebabkan banyak acara bersemuka terpaksa dibatalkan dan NFT dilihat sebagai penyelesaian terbaik.

Bagaimanapun, tarikh pelancaran NFT masih belum diberitahu.

Kebanyakan pertukaran NFT dibina di atas blockchain Ethereum, berbeza dengan Xeno yang dibangunkan di rangkaian Polkadot.

Polkadot terkenal dengan keunikan ciri parachain termasuk skala yang lebih baik, dan integrasi serta inter-operasi rantaian penuh.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat