Walaupun Dilanda Badai, Edelteq ‘Perform’ Pada Hari Pertama!

497

Masih ingat pada syarikat Edelteq Holdings Bhd yang Ketua Pegawai Eksekutifnya berdepan kes mahkamah sejurus selepas permohonan IPO berakhir pada bulan lepas?

Edelteq yang merupakan penyedia sokongan kejuruteraan untuk industri semikonduktor, membuat penampilan sulungnya dengan cemerlang di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada hari ini (7 Jun).

Daripada harga tawaran awam permulaan (IPO) 24 sen, ia membuat kenaikan sebanyak 212.5% kepada 80 sen pada awal dagangan.

Ia kemudiannya mengurangkan keuntungan ke sekitar harga 75 sen pada sesi petang dengan jumlah dagangan 75.02 juta.

Terdahulu, syarikat itu telah terpalit dengan kontroversi selepas terbit laporan mengenai CEO dan pemegang saham terbesarnya, Chin Yong Keong disaman oleh bekas majikannya Mi Technovation Bhd.

Ia susulan dakwaan pelanggaran kontrak pekerjaan dan penyalahgunaan proses undang-undang.

Meskipun begitu, Edelteq tetap mempamerkan prestasi terbaiknya pada hari pertamanya di Pasaran ACE dengan sangat cemerlang.

IPO Edelteq melibatkan 100 juta saham baharu, mewakili 18.8% daripada modal sahamnya yang diperbesarkan serta tawaran untuk penjualan 43.2 juta saham sedia ada melalui penempatan persendirian kepada pelabur terpilih.

Dengan jangkaan untuk mengumpul RM24 juta daripada IPO, ia akan memperuntukkan RM3.7 juta daripada hasil IPO untuk membiayai pembinaan kilang baru di Batu Kawan, Pulau Pinang.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat