Baru Saja Permohonan IPO Ditutup, Edelteq Berdepan Masalah Besar

2,237

Edelteq Holdings Bhd yang sedang dalam usaha untuk disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia berdepan masalah besar.

Sejurus selepas permohonan IPO untuk syarikat itu berakhir pada hari Rabu (17 Mei), terbit laporan mengenai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan pemegang saham terbesar, Chin Yong Keong disaman oleh bekas majikannya Mi Technovation Bhd.

Ia susulan dakwaan pelanggaran kontrak pekerjaan dan penyalahgunaan proses undang-undang.

Selain itu, Chin Yong Keong juga didakwa telah memberi kenyataan palsu atau mengelirukan tentang profilnya dalam prospektus yang diterbitkan Edelteq iaitu mengenai sejarah pekerjaannya.

Ekoran tu, Mi Technovation memfailkan writ itu di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang terhadap Chin pada 14 Mei, menurut maklumannya kepada Bursa.

Pendakwaan ini dilihat muncul pada masa yang tidak sesuai memandangkan Edelteq kini dalam usaha untuk disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia.

Sebagai sebahagian daripada IPOnya, syarikat pembekal sokongan kejuruteraan kepada industri cip itu menerbitkan 100 juta saham baharu.

Ia mewakili 18.8% daripada modal sahamnya yang diperbesarkan, serta tawaran untuk penjualan 43.2 juta saham sedia ada iaitu mewakili 8.1% daripada saham yang diperbesarkan melalui penempatan persendirian kepada pelabur terpilih.

Berdasarkan harga terbitan 24 sen sesaham dan modal saham yang diperbesarkan sebanyak 532.5 juta saham, Edelteq akan mempunyai permodalan pasaran sebanyak RM127.81 juta selepas penyenaraian.

Edelteq Holdings Bhd dijadualkan untuk disenaraikan di Pasaran ACE pada 30 Mei.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat