Walaupun EUR/USD Teruskan Kenaikan, Waspada Risiko Untuk Mata Wang Euro

209

US dolar masih lagi bergerak lemah pada pembukaan pasaran awal minggu ini dengan bank-bank di Amerika Syarikat (AS) ditutup sempena Hari Peringatan.

Memberi tekanan kepada raja mata wang itu, sentimen pasaran dipulihkan dengan laporan perkembangan di China setelah Shanghai mengumumkan sekatan pergerakan akan mula dikurangkan pada minggu ini.

Namun, US dolar dilihat memaparkan pengukuhan pada awal sesi Asia pagi ini (Selasa) untuk mengurangkan kerugian pada awal minggu.

Perkembangan di Eropah, wakil Kesatuan Eropah (EU) masih lagi berbincang berkenaan pakej sekatan terhadap Rusia dengan pasaran menjangkakan sekatan tidak akan termasuk import minyak daripada paip saluran, hanya sekatan kapal tangki minyak sahaja.

Perbincangan yang masih lagi berlarutan dilihat sedikit menambah bebanan terhadap mata wang Euro yang berjaya mengekalkan prestasi yang lebih baik berbanding US dolar untuk beberapa minggu ini yang disuntik oleh isyarat kenaikan kadar oleh bank pusat Eropah sebelum ini.

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga berjaya memaparkan corak kenaikan harga pada dagangan awal minggu semalam.

Walaupun momentum kenaikan tidaklah begitu ketara, namun harga berjaya mengatasi paras ketinggian pada minggu lalu menuju ke zon rintangan 1.08000.

Sedikit penurunan harga dilihat pada dagangan yang bersambung pada awal sesi Asia pagi ini (Selasa), namun harga masih disokong di paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

Sekiranya harga menjunam melepasi paras sokongan tersebut, isyarat awal untuk perubahan trend bearish akan menyaksikan harga membuat penurunan menguji paras sokongan pada 1.07000.

Penurunan lebih rendah yang diteruskan bakal menguji zon RBS (resistance become support) pada 1.06000.

Namun jika harga berjaya meneruskan kenaikan lebih tinggi melepasi zon 1.08000, paras ketinggian terbaru 5 minggu bakal dicatatkan dengan sasaran seterusnya adalah menuju zon 1.09000 pula.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat