Wall Street Roboh Di Saat Kritikal

1,409

Ketiga-tiga indeks utama Wall Street mencatatkan kerugian lebih 1% pada hari Selasa susulan pengukuhan hasil perbendaharaan AS 10 tahun ke paras tertinggi 16 tahun.

Dow Jones Industrial merekodkan kejatuhan peratusan harian terbesar sejak Mac, menyaksikan ketiga-tiga indeks ditutup pada paras terendah dalam tempoh lebih tiga bulan.

Ketika ditutup pada sesi New York, indeks Dow Jones Industrial turun 1.14% kepada 33,618.89, manakala S&P 500 susut 1.47% pada 4,273.54 dan Nasdaq Composite pula jatuh 1.51% kepada 14,545.83.

Sementara indeks US30 juga merosot pada sekitar paras 33,696.5 ketika sesi Asia.

Penggubal dasar Federal Reserve (Fed) Neel Kashkari mengatakan terdapat besar kemungkinan bahawa kadar faedah perlu bergerak lebih tinggi dengan ketara untuk menurunkan inflasi.

Ia secara tidak langsung menandakan bahawa kadar boleh meningkat lebih tinggi pada tahun depan di tengah-tengah ekonomi Amerika Syarikat yang berdaya tahan.

Menambahkan lagi kebimbangan pelabur ialah potensi penutupan kerajaan (government shutdown), di mana Kongres Amerika Syarikat hanya mempunyai masa beberapa hari sahaja lagi untuk mencapai kesepakatan.

Agensi penarafan Moody’s memberi amaran bahawa penutupan kerajaan boleh menjejaskan kredit negara itu.

Melihat kepada penurunan saham lebih terperinci, Amazon junam 4% selepas Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan AS memfailkan tuntutan undang-undang antitrust terhadap peruncit dalam talian (online retailer).

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat