Waspada Jika Mahu Trade USD/CAD

300

Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau dilaporkan merancang untuk membubarkan kabinet beliau pada hari Selasa dan menamakan menteri baru untuk urusan luar negeri, pengangkutan dan inovasi.

Memetik laporan Reuters, tiga sumber yang mengetahui perkara itu secara langsung mengatakan Trudeau akan melakukan rombakan pada Selasa pagi (waktu Kanada).

Tindakan ini diambil selepas Menteri Inovasi, Navdeep Bains yang sudah lama berkhidmat, memutuskan untuk berhenti berpolitik setelah pilihan raya berikutnya.

Ini mungkin salah satu langkah awal diambil Trudeau untuk mengekalkan kerajaannya dan mempersiapkan barisan menterinya untuk menghadapi pilihan raya akan datang.

Pada minggu lalu, Trudeau mengatakan mungkin akan ada pilihan raya tahun ini tetapi menekankan bahawa beliau ingin tetap memegang jawatan untuk memberi tumpuan kepada memerangi wabak Covid-19.

Sekiranya berlaku, situasi ini boleh menimbulkan risiko buat dagangan matawang dolar Kanada.

Menjelang sesi Eropah, dolar loonie didagangkan mendatar berbanding USD dengan faktor sokongan daripada harga minyak mentah yang tinggi masih membantu matawang itu untuk bertahan daripada jatuh lebih rendah disebabkan pengukuhan US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat