WhatsApp Lancarkan Pengujian Pengiriman Mata Wang Kripto

2,264

Aplikasi permesejan WhatsApp telah melancarkan pengujian pembayaran dalam kripto di Amerika Syarikat (AS) dengan kerjasama wallet Novi, produk Meta (dulu dikenali sebagai Facebook).

Sebagai rekod, pengujian tersebut telah berlangsung pada 6 minggu lalu melibatkan stablecoin, Pax Dollar (USDP) produk Paxos.

Manakala pengujian wallet Novi sebenarnya telah berlaku pada Oktober tahun ini, diikuti dengan pengujian pembayaran kripto untuk WhatsApp.

Menurut ketua Novi, Stephane Kasriel, pengiriman wang kripto melalui WhatsApp sama seperti penghantaran mesej, fail, gambar, dan muzik.

Menariknya, tiada cas akan dikenakan untuk pengiriman dan penerimaan mata wang kripto dan tiada had jumlah pembayaran.

Sebelum ini nama asal Diem adalah ‘Libra’ dan Novi pula bermula dengan ‘Calibra’.

Untuk pengetahuan, perjalanan Diem dan Novi sebelum melancarkan pengujian sangat panjang kerana isu perundangan mata wang kripto di AS.

Ketika Novi sudah mula melancarkan pengujiannya dua bulan lalu, status Diem sebagai stablecoin masih menjadi tanda tanya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat