WHO Beri Amaran, Zika Dan Denggi Berisiko Jadi Pandemik Seterusnya!

467

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran terdapat risiko yang meningkat bahawa patogen bawaan serangga termasuk Zika dan denggi boleh mencetuskan wabak seterusnya.

Arbovirus seperti Zika, demam kuning, Chikungunya dan denggi adalah kumpulan patogen yang disebarkan oleh arthropoda seperti nyamuk dan kutu.

Mereka mendahului senarai untuk wabak berpotensi seterusnya yang boleh meningkat menjadi pandemik, terutamanya di kawasan tropika dan sub-tropika yang kini menjadi ancaman kesihatan awam.

Menurut WHO, pakar sedang berusaha untuk mengatur strategi bagi mencegah penularan seperti Covid-19 daripada berulang lagi.

Dr Sylvie Briand, pengarah pasukan Kesediaan Bahaya Berjangkit Global di WHO memberitahu dalam satu taklimat pada Khamis bahawa mereka telah menyedari impak yang akan dialami jika tidak bersedia menghadapi situasi berimpak tinggi setelah lebih dua tahun dibelenggu Covid-19.

Walaupun WHO telah mempunyai pengalaman daripada penyakit Sars pada 2003 dan wabak influenza pada 2009, tetapi masih terdapat kekurangan dalam kesediaan mereka.

Sejak 2016 lebih daripada 89 negara telah menghadapi wabak Zika, manakala risiko demam kuning meningkat sejak awal tahun 2000-an. Sementara demam denggi menjangkiti 390 juta orang di 130 negara setiap tahun, di mana ia boleh menyebabkan demam berdarah dan kematian.

Para pakar kesihatan dunia telah berjumpa untuk pelancaran Inisiatif Arbovirus Global baharu WHO, yang bertujuan untuk bekerjasama dalam menangani ancaman bawaan serangga bersama-sama.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat