XRP Sebenarnya Belum Habis Melonjak Lagi?

6,544

Permulaan pasaran Ogos nampaknya memberi sinar kepada pelabur tegar XRP apabila harga mencanak semula ke paras $1.

Seperti yang diketahui, lonjakan yang dilakukan oleh XRP ini juga dipengaruhi oleh pengumuman Ripple yang menyatakan syarikat GME Remittance di Korea Selatan telah menyertai RippleNet.

Setelah mencapai paras $1, XRP dilihat telah memperoleh market cap melebihi $47 bilion dengan kadar volume sebanyak $9 bilion dalam tempoh 24 jam.

Melihat kepada carta XRP/USDT, tampaknya harga XRP tersekat pada zon resistance sekitar $1.05-$1.10 yang mana ia merupakan paras yang sukar ditembusi pada Mei dan Jun.

Sekiranya zon resistance $1.05-$1.10 berjaya ditembusi, sasaran seterusnya dijangka akan menguji zon harga sekitar $1.20-$1.25.

Jika harga terus membuat kenaikan yang lebih tinggi, tidak mustahil untuk XRP menguji semula paras ketinggian 2021 sekitar $2.

Namun untuk ia terjadi, XRP memerlukan market cap dua kali ganda iaitu sebanyak $47 bilion lagi untuk mencapai paras tertinggi $2 tersebut.

Pergerakan harga dijangka bakal menguji zon RBS (resistance become support) $0.90-$0.93 untuk membuat HL (higher low) terbaharu sebelum kembali sambung ‘meroket’.

Jika penurunan harga berlaku, zon RBS berikutnya sekitar $0.80-$0.83 bakal dituju semula bagi menentukan isyarat pergerakan seterusnya.

Setakat jam 5.00 petang waktu tempatan, harga XRP susut sekitar 1% untuk diperdagangkan di paras harga sekitar $1.

Lihat gambar carta matawang kripto XRP/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat