Yellen Dijangka Mendapat Soalan Kenaikan Kadar & Penyata Imbangan Pada Selasa

26

Pasaran ketika ini sedang menunggu ucapan Pengerusi Federal Reserve Janet Yellen pukul 4.10 pagi Selasa untuk melihat sama ada ketua bank pusat memberikan pandangan terhadap polisi monetari dan juga tempoh kenaikan kadar selepas ini.

The Fed telah menyenaraikan topik yang akan dibincangkan di Universiti Michigan. Dalam topik yang disenaraikan itu, Universiti tidak menyediakan topik-topik lain untuk dibincangkan secara lanjut.

Walaubagaimanapun, Yellen dijangka akan menerima soalan dari penonton tentang polisi monetari semasa The Fed.

Walaupun penetapan polisi selepas ini akan diumumkan pada 3 Mei, Fed Fund Future dilihat tidak ‘priced-in‘ kenaikan kadar pada 14 Jun.

The Fed dalam penetapan kadar sebelum ini hanya menjangkakan dua lagi kenaikan kadar tahun ini. Tetapi pasaran masih meletakkan kebarangkalian dua kenaikan ini hanya di paras 45%.

Selain kadar faedah, Yellen juga dijangka akan ditanyakan tentang perancangan The Fed mengurangkan pegangan aset dalam penyata imbangannya yang berjumlah $4.5 trillion.

Pihak The Fed ketika ini belum lagi menyatakan secara lanjut perancangannya untuk mengurangkan pegangan aset tersebut, tetapi ahli-ahli The Fed menjangka ia akan mula dijalankan hujung tahun ini atau awal tahun 2018.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat