Yen Matawang Terkuat Dalam Pasaran Forex Setakat Pada London Open

571

US dollar didagangkan rendah pada Khamis di mana matawang greenback ini melemah berbanding matawang utama dunia yang lain. Kelemahan US dollar lebih jelas dilihat jika dibandingkan dengan Yen dan Aussie (AUD).

Dalam sesi dagangan sebelum ini pada Rabu, USD membuat lonjakan yang dipacu oleh sentimen PERANG PERDAGANGAN yang semakin pulih dan juga data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat yang melebihi jangkaan pasaran.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang A.S. berbanding enam matawang lain hampir tidak berubah dengan hanya meningkat 0.01% setakat pada pukul 3.30 petang. Pair EUR/USD yang banyak didagangkan oleh retail trader membuat kenaikan 0.06%, GBP/USD pula susut 0.04% dengan USD/JPY jatuh sehingga 0.32% setakat ini.

Data pertumbuhan ekonomi GDP A.S. merekodkan kenaikan 2.9% berbanding bacaan 2.5% sebelum ini dalam keadaan sentimen pasaran yang semakin pulih.

Laporan terbaru oleh China mengatakan Korea Utara bersedia untuk menghentikan program nuklearnya. Trump dalam tweet terbarunya mengatakan beliau memandang ke hadapan pertemuan Jong-Un dan Xi Jinping. Walaupun dengan berita positif ini, Yen pada Khamis menguat berbanding matawang-matawang utama yang lain.

Matawang AUD adalah matawang kedua terkuat di belakang Yen setakat pada pukul 3.45 petang pada Khamis. AUD dilihat menguat berbanding matawang-matawang utama yang lain tetapi lemah berbanding Yen.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat