Yen Terjun Mendadak Susulan Keputusan BOJ

345

Pengumuman keputusan mesyuarat polisi Bank Pusat Jepun (BOJ) menyaksikan kadar faedah dikekalkan seperti jangkaan meluas oleh pasaran.

Keputusan ini telah mendorong kejatuhan mendadak dalam mata wang yen yang memacunya ke paras terendah terbaharu 20 tahun, menyentuh harga 129.87 berbanding US dolar.

Bank pusat itu juga mengekalkan sasaran hasil bon kerajaan 10 tahun sekitar 0% dan kadar faedah pula pada -0.10%.

BOJ memberitahu akan melaksanakan pembelian bon kadar tetap setiap hari perniagaan kerana ia komited untuk mempertahankan sasaran hasil bank pusat sebagai sebahagian daripada langkah rangsangannya.

Dalam unjuran harga pengguna yang dikemas kini, bank pusat menaikkan unjuran inflasinya kepada 1.9% daripada 1.1% yang diunjurkan pada Januari. Ramalannya untuk tahun 2023 hingga Mac 2025 juga menunjukkan purata inflasi jauh di bawah sasaran harganya.

Susulan keputusan ini, ia sekali gus menafikan gesaan pasaran bahawa ia perlu mengubah dasar mereka untuk menghentikan mata wang yen daripada terus lemah dan mengurangkan tekanan ke atas sasaran hasilnya.

Selain itu, BOJ juga mengatakan kesediaannya untuk melaksanakan pelonggaran tanpa ragu-ragu seperti yang diperlukan untuk menghadapi kesan pandemik, selain berusaha mengekalkan kestabilan pasaran dan menyokong pembiayaan korporat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat