YouTube Cari Pasal Lagi, Kini Diambang Sekatan Oleh Rusia

268

‘Nak keluar cara kasar tak boleh sebab terikat kontrak, keluar cara halus lah nampaknya.’

Tindakan YouTube menghalang penyiaran saluran Duma TV yang memaparkan rancangan dewan parlimen rendah Rusia telah mendapat tindak balas kurang senang oleh pengawal selia negara itu, yang mengancam untuk mengenakan sekatan ke atas perhidmatan penstriman video tersebut.

Umumnya, YouTube milik Alphabet Inc berada dibawah tekanan dari pengawal selia komunikasi Rusia, Roskomnadzor dan isu menjadi lebih besar apabila pada 9 April lalu, perkhidmatan penstriman video itu telah menyekat saluran Duma atas alasan ‘penamatan kerana melanggar Syarikat Perkhidmatan YouTube’.

Jurucakap Kementerian Luar Rusia, Maria Zakharova, dalam sebuah kenyataan dalam platform perkhidmatan pesanan Telegram mengesahkan perkara tersebut.

Ekoran daripada itu, pengawal selia Rusia telah meminta Google untuk mengembalikan akses kepada saluran Duma dengan segera.

Buat masa ini pihak Google masih tidak memberi sebarang respon balas.

Sementara itu, jurucakap Duma, Vyacheslav Volodin, menyifatkan tindakan YouTube tersebut sebagai bukti bahawa Amerika Syarikat (AS) sedang mengancam hak kebebasan manusia dengan menyatakan bahawa Washingston cuba memonopoli informasi.

Seperti yang diketahui, kerajaan Rusia telah menyekat akses kepada Twitter dan Facebook serta Instagram milik Meta Platform Inc sejak pencerobohan ke atas Ukraine, dan hanya aplikasi Telegram sahaja yang digunakan secara meluas di sana.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat