US dolar memulakan dagangan pada awal pembukaan pasaran minggu ini dengan langkah kanan apabila mencatatkan pengukuhan di sesi Asia dipengaruhi oleh sentimen pasaran yang dinilai berisiko.
Kebimbangan terhadap penularan jangkitan Covid-19 semakin meningkat, memberi tekanan terhadap mata wang pulangan tinggi sementara mata wang safe-haven seperti US dolar pula mendapat kelebihan untuk mengukuh dalam situasi ini.
Justeru dapat dilihat US dolar menunjukkan pengukuhan awal berbanding mata wang utama yang lain dalam pasaran, namun pelabur masih berwaspada menantikan pembukaan sesi pasaran Eropah dan New York.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/din-dolar-usd-bakal-kukuh-10am
Carta harga pasangan mata wang utama EUR/USD menunjukkan pergerakan harga masih perlahan dan kelebihan US dolar di awal pembukaan pasaran sedikit menekan harga untuk bergerak di atas paras penting 1.18000.
Paras ini dilihat sebagai zon support harga setelah beberapa minggu penurunan harga berjaya untuk membuat kenaikan semula setelah mencecah zon tersebut.
Corak kenaikan harga pada minggu lalu gagal dikekalkan sebelum harga jatuh semula ke zon support 1.18000 dan penurunan di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam mula memberi isyarat untuk trend menurun harga.
Pelabur akan menunggu dahulu reaksi harga pada zon 1.18000 tersebut di awal minggu ini untuk melihat sama ada harga akan membuat kenaikan atau tembus lebih rendah.
Kecenderungan harga untuk turun lebih rendah akan didorong oleh faktor kewaspadaan pelabur terhadap mata wang Euro menjelang mesyuarat dasar monetari bank pusat Eropah (ECB) pada minggu ini.
Dalam usaha untuk bank pusat menyokong pemulihan ekonomi, jangkaan untuk ECB akan terus mengekalkan polisi yang longgar akan terus memberi tekanan terhadap Euro.
Penurunan harga boleh mencecah sehingga ke zon support terbaru sekitar 1.17200-1.17000 sekaligus mencatatkan paras terendah terbaru sejak April lalu.
Sebaliknya jika harga berjaya melonjak semula dari zon support 1.18000, kenaikan harga dilihat akan menuju ke paras 1.19000 untuk menguji zon SBR (support become resistance) tersebut.
Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI