Ada Isyarat ‘Death Cross’ Di Hujung Pergerakan XRP!

3,691

Pergerakan XRP dalam konflik Securities and Exchange Commission (SEC)-Ripple nampaknya tidak mengujakan apabila aset tersebut ‘goyah’ menghampiri paras bawah moving average 200 hari (MA200) pada carta harga.

Berdasarkan sudut teknikal dan kedudukan harga semasa, XRP masih berada di paras moving average 50 hari (MA50). Kegoyahan aset Ripple ini menunjukkan isyarat “death cross” yang mana ia berpotensi untuk susut lebih parah.

Meneliti garis masa kes ini, ia bermula apabila SEC mendakwa XRP adalah aset sekuriti. Bagaimanapun, Ripple menjelaskan SEC tidak boleh mengawal selia XRP ekoran daripada penggunaannya dalam transaksi domestik dan antarabangsa.

SEC dilihat berdegil tidak mahu mengalah, menuduh Ripple melobi orang ramai berkaitan status XRP. Namun, Ripple tetap mencatatkan kemenangan kecil sebanyak empat kali menentang SEC.

Terbaharu, Ripple sekali lagi berjaya memenangi hak untuk mendapatkan keterangan daripada bekas pegawai SEC, William Hinman. Hinman pernah mendakwa Ethereum sebagai aset bukan sekuriti pada 2018.

Keterangan Hinman sepatutnya dijadualkan pada 30 Jun, namun ditangguhkan kepada hari ini, 19 Julai. Sekali lagi pihak mahkamah memutuskan keterangan Hinman ditangguhkan kepada 27 Julai.

Selain XRP, Bitcoin (BTC) juga ada menunjukkan kemunculan death cross pada awal Jun. Tetapi raja kripto itu belum menembusi ke paras yang lebih parah seperti yang dijangka.

Ketika penulisan, XRP didagangkan pada $0.58, susut lebih 2% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat