¥158.000 Penghalang GBP/JPY Untuk Melonjak Lebih Garang

319

Bukan masanya lagi untuk matawang Yen terus merekodkan pengukuhan apabila kembali menyusut untuk berlegar-legar semula di paras terendah April 2019 setelah pamer peningkatan gah minggu lalu.

Yen kekal lemah susulan jangkaan bahawa Bank of Japan (BOJ) masih komited untuk mengekalkan kadar polisi meskipun kebanyakan bank pusat sudah mula merencana untuk melaksanakan langkah ‘tapering’.

Tampaknya matawang Pound mengambil lagi peluang untuk lebih mengukuh berbanding Yen walaupun masih menghadapi tekanan daripada kenyataan Pesuruhjaya Eropah Internal Market, Thierry Breton.

Melihat kepada carta harga pasangan matawang GBP/JPY, pergerakan harga dilihat telah pun mencanak melebihi 100 pips daripada paras rintangan 156.000 untuk menyangkal trend bearish pada sebelum ini.

Lonjakan harga itu juga nampaknya terus kembali menguji zon SBR (support become resistance) 158.000 sebelum menyusut semula pada penghujung sesi sehingga disambung ke sesi dagangan hari ini (Rabu).

Sekiranya matawang Yen sekali lagi memberi kejutan untuk kembali mengukuh, paras rintangan minggu lalu pada 156.000 dijangka bakal diuji sebelum pelabur menilai reaksi pergerakan pada paras tersebut.

Zon RBS (resistance become support) 155.000 dijangkakan bakal dicecah andai kata penurunan harga berjaya meneruskan rentak penurunan yang lebih jelas sehingga menembusi paras rintangan itu.

Jikalau trend bullish yang dipersembahkan pada kali ini berjaya dikekalkan, tidak mustahil untuk harga terus melonjak semula serta mencapai zon SBR 158.000 dan menguji paras tertinggi sekitar 158.300.

Lantunan yang lebih agresif akan memperlihatkan harga mencuba untuk merekod paras ketinggian 5 tahun yang terbaharu dan berkemungkinan akan mampu untuk menuju ke zon rintangan pada 160.000.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat