1 Bilion XRP Jadi Taruhan Pertumbuhan Ekosistem XRP Ledger

2,113

Ripple mengesahkan bahawa sebanyak 1 bilion XRP bernilai RM3.3 bilion akan diperuntukkan untuk perkembangan ekosistem XRP Ledger (XRPL) berdasarkan fokus terhadap kes penggunaan baharu.

Untuk pengetahuan, dana tersebut merupakan sebahagian daripada program Geran XRPL yang dilancarkan Ripple pada tahun lepas dan sehingga kini telah memperuntukkan sebanyak $6 juta (RM25.2 juta) untuk 50 projek yang dibangunkan di XRPL.

Usaha terbaharu ini adalah berdasarkan objektif dukungan terhadap projek pembangun seluruh dunia di XRPL untuk jangka masa panjang.

Berikut adalah rincian penggunaan dana menurut pengumuman tersebut:

  • Peruntukan dalam tempoh 10 hingga 20 tahun dengan tawaran sokongan dari segi kewangan, teknikal, dan perniagaan untuk projek baharu di XRPL.
  • Pelancaran platform kewangan desentralisasi (DeFi) di XRPL berdasarkan perlaksanaan program DeFi.
  • Pelancaran program kelestarian; kepelbagaian dan inklusi
  • Mengembangkan panel hakim program Geran XRPL

Walaupun berdepan dengan saman Securities and Exchange Commission sejak Disember 2020, RippleNet berjaya mengunci kerjasama dengan beberapa rakan kongsi seperti American Express, Bank of America, Santanders, Tranglo, dan banyak lagi.

Ada beza antara RippleNet, Ripple, dan XRP, juga XRP Ledger.

RippleNet merujuk kepada sebuah rangkaian yang menghubungkan bank, penyedia pembayaran, dan lain-lain menerusi satu API / rangkaian pembayaran rentas sempadan.

Ripple pula merujuk kepada sistem pembayaran yang dibangunkan oleh Ripple Inc. (Ripple Labs) di atas blockchain yang dikenali sebagai XRP Ledger.

Manakala XRP adalah aset kripto yang berfungsi untuk menjalankan transaksi di Ripple dan XRPL.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat