10 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (24-28 Julai 2023)

600

Berikut merupakan sebahagian daripada data-data ekonomi penting yang bakal menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Data PMI Pembuatan & Perkhidmatan Eropah (Isnin 4.00 Petang): Kesihatan semasa bagi ekonomi Eropah akan dinilai menerusi bacaan sektor penting ini khususnya di Jerman dengan membandingkan angka pada Julai berbanding bulan sebelumnya.

Data PMI Pembuatan & Perkhidmatan UK (Isnin 4.30 Petang): Bacaan terbaru bagi kedua-dua sektor penting di UK ini diramalkan bercampur dengan jangkaan sedikit penurunan pada bulan Julai.

Data PMI Pembuatan & Perkhidmatan AS (Isnin 9.45 Malam): Mata wang US dolar bakal dipacu oleh reaksi terhadap terbitan data ini pada pembukaan dagangan awal minggu.

Data Keyakinan Pengguna AS (Selasa 10.00 Malam): Tinjauan terhadap 3,000 isi rumah di AS boleh memberi gambaran terhadap tahap perbelanjaan semasa yang menjadi petunjuk terhadap perkembangan aktiviti ekonomi semasa.

Data Inflasi Australia (Rabu 9.30 Pagi): Bacaan indeks harga pengguna Australia akan diperhatikan oleh bank pusat dalam penetapan dasar monetari selanjutnya. Kadar inflasi diramalkan turun dengan perlahan.

Mesyuarat FOMC (Khamis 2.00 pagi): Menjadi acara tumpuan utama minggu ini, Federal Reserve (Fed) dijangka akan menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas ke paras 5.50%. Ucapan susulan oleh Pengerusi Jerome Powell akan memacu arah pergerakan US dolar menuju penghujung minggu.

Mesyuarat Polisi ECB (Khamis 8.15 Malam): Seperti isyarat yang disampaikan oleh bank pusat Eropah sebelum ini, kenaikan kadar faedah masih akan diteruskan pada mesyuarat terbaru dengan jangkaan kenaikan 25 mata asas ke paras 4.25%.

Data GDP AS (Khamis 8.30 Malam): Menilai pertumbuhan ekonomi AS, bacaan awal bagi pertumbuhan suku kedua 2023 bakal diperhatikan pasaran. Ramalan angka pertumbuhan adalah sedikit rendah kepada 1.7% berbanding 2.0% bagi suku sebelum ini.

Mesyuarat Polisi BOJ (Jumaat): Bank pusat Jepun kekal diramalkan dengan kadar inflasi rendah pada -0.10% sementara ucapan susulan oleh gabenor akan dipantau sekiranya terdapat sebarang petunjuk bagi perubahan pada dasar monetari.

Data Perbelanjaan Peribadi Pengguna AS (Jumaat 8.30 Malam): Bacaan data indeks PCE AS turut menjadi salah satu indikator penting kepada bank pusat untuk menilai situsi inflasi semasa pengguna pada bulan sebelumya. Ramalan angka bagi Julai sedikit menurun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat