10 Berita Forex Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (3-7 Februari 2020)

863

Berikut merupakan sebahagian data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Data PMI Pembuatan Caixin China (Isnin 9.45 Pagi): Setelah menurun kepada 51.5 mata pada Disember 2019, bacaan data untuk Januari 2020 catat bacaan lebih rendah kepada 51.1 mata, namun sedikit tinggi berbanding jangkaan penurunan. Kadar pesanan perlahan ke 3 bulan terendah namun pengeluaran masih stabil.

Data PMI Pembuatan ISM Amerika Syarikat (Isnin 11.00 Malam): Kadar pembuatan AS menurun ke paras terendah pada Disember 2019 sejak Jun 2009. Pesanan baru, pengeluaran, pesanan eksport baru dan pekerjaan menurun pada kadar yang pantas dengan tekanan harga yang meningkat. Namun, terdapat petunjuk untuk sektor perindustrian kembali pulih selepas perjanjian fasa 1 AS-China telah ditandatangani.

Penetapan Kadar Faedah RBA (Selasa 11.30 Pagi): Mesyuarat dasar monetari bank pusat Australia pada Februari dinantikan para pelabur setelah mesyuarat Disember lalu melihatkan kadar faedah dikekalkan di paras terendah, 0.75%. 3 kali penurunan diumumkan tahun lalu dengan pasaran pekerjaan dipantau. Penggubal polisi nyatakan bersedia untuk pelonggaran jika diperlukan untuk menyokong pertumbuhan.

Data Pekerjaan New Zealand (Rabu 5.45 Pagi): Pasaran menjangkakan pertambahan pekerjaan di New Zealand meningkat 0.3% untuk suku keempat 2019 sementara kadar pengangguran dijangka kekal di paras 4.2%.

Data ADP NFP Amerika Syarikat (Rabu 9.15 Malam): Angka pertambahan pekerjaan sektor swasta di AS meningkat kepada 202,000 pada Disember lalu, tertinggi dicatatkan sejak April. Januari 2020 dijangka akan catat penurunan. Bacaan data akan turut pengaruhi data pekerjaan NFP pada Jumaat.

Data PMI Bukan-Pembuatan ISM AS (Rabu 11.00 Malam): Sektor perkhidmatan meningkat pada Disember mencatatkan kenaikan tertinggi 4 bulan. Bacaan data pada Januari dijangka kekal di paras sekitarnya.

Data Jualan Runcit Australia (Khamis 8.30 Pagi): Didorong oleh jualan Black Friday, kadar jualan pada November catat bacaan tertinggi sejak November 2017. Dijangka kadar jualan untuk Disember kembali menurun.

Data Imbangan Dagangan Australia (Khamis 8.30 Pagi): Lebihan dagangan melebar kepada 5.80 bilion A$ pada November. Eksport meningkat 2.0% sementara import menurun 3.0%. Jangkaan lebihan dagangan untuk Disember 2019 pada A$ 5.6 bilion.

Data Pekerjaan NFP Amerika Syarikat (Jumaat 9.30 Malam): Angka 145,000 pekerjaan pada Disember adalah terendah sejak Mei 2019, meleset berbanding jangkaan penurunan setelah bulan sebelumnya mencatat lonjakan 256,000. Kadar pengangguran kekal di paras terendah sejak 1969 iaitu pada 3.5%. Jangkaan untuk pertambahan pekerjaan pada Januari 2020 meningkat kepada 160,000.

Data Pekerjaan Kanada (Jumaat 9.30 Malam): Sektor pekerjaan Kanada catat bacaan memberangsangkan pada Disember 2019 dengan pertambahan pekerjaan lebih tinggi berbanding jangkaan sementara kadar pengangguran susut 5.6% dari 5.9% bulan sebelumnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat