10 Data Forex Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (20-24 April 2020)

1,534

Berikut merupakan data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Minit Mesyuarat RBA (Selasa 9.30 Pagi): Pasaran akan memberi tumpuan pada butiran lebih terperinci pada minit untuk mesyuarat bank pusat Australia yang terbaru menyaksikan keputusan kadar faedah dikekalkan di paras 0.25%. Penilaian lebih pesimis akan menambahkan tekanan buat dagangan Aussie.

Data Pekerjaan UK (Selasa 2.00 Petang): Komponen laporan pekerjaan UK iaitu indeks purata pendapatan 3 bulan serta kadar pengangguran untuk bulan Februari akan menjadi tumpuan selepas wabak Coronavirus telah melumpuhkan ekonomi.

Data Sentimen Ekonomi Jerman (Selasa 5.00 Petang): Tinjauan ZEW bagi sentimen ekonomi Jerman dijangka akan masih lemah berikutan aktiviti ekonomi yang perlahan disebabkan krisis virus yang melanda.

Data Inflasi UK (Rabu 2.00 Petang): Kadar inflasi di UK dijangka menurun dengan aktiviti ekonomi yang perlahan. Inflasi tahunan yang diterbitkan untuk bulan Mac diramalkan turun 1.5% berbanding 1.7% sebelumnya.

Data PMI Zon Eropah (Khamis 4.00 Petang): Sesi Eropah pada Khamis akan menyaksikan data PMI pembuatan dan perkhidmatan diterbitkan bermula bacaan data bagi Perancis, kemudian Jerman sebelum menyusul data bagi zon Eropah. Kesemua ramalan data untuk April dijangka menurun lebih rendah berbanding pada bulan Mac.

Data PMI UK (Khamis 4.30 Petang): Bacaan awal bagi data PMI pembuatan dan perkhidmatan di UK untuk April turut diramalkan lebih rendah berbanding bulan lepas.

Data Tuntutan Pengangguran A.S (Khamis 8.30 Malam): Selama 4 minggu, data yang menjadi tumpuan pasaran ini telah mencatatkan bacaan yang melonjak dengan jumlah tuntutan telah melebihi angka 20 juta.

Data PMI Amerika Syarikat (Khamis 9.45 Malam): Dengan mencatatkan kadar kes dan kematian akibat pandemik COVID-19 tertinggi di dunia, bacaan data dijangka akan merosot.

Data Jualan Runcit UK (Jumaat 2.00 Petang): Setelah bacaan data pada Februari merosot ke paras -0.3%, aktiviti ekonomi yang terjejas di UK akan terus memberikan bacaan yang buruk pada kadar jualan di samping penambahan tempoh ‘lockdown’ selama 3 minggu di UK.

Iklim Perniagaan Jerman (Jumaat 4.00 Petang): Tinjauan ifo bagi iklim perniagaan di Jerman akan mengukur kesihatan aktiviti perniagaan yang memberi reaksi terhadap keadaan ekonomi semasa. Jangkaan bacaan data pada April akan terus menurun selepas penurunan pada bulan Mac lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat