- RBNZ telah mengurangkan kadar sebanyak 25 mata asas dalam mesyuarat dasar kewangan bulan Ogos kepada 2%.
- Harga minyak mentah semakin menurun ke paras kritikal dengan WTI mentah Amerika Syarikat hanya didagang pada $41.56 setong.
- Menurut Credit Suisse, Bank of England perlu mengkaji semula kadar faedah negatif. Mark Carney nampaknya perlu menarik semula kata-katanya kerana pernah mengeluarkan kenyataan bahawa BoE tidak akan memperkenalkan kadar faedah negatif ketika zaman pemerintahannya.
- Bank of England telah memulakan pembelian bond bernilai £1.17 billion pada hari Rabu.
- Arab Saudi dikatakan tidak peduli dengan penurunan harga minyak. Sebaliknya negara itu hanya mementingkan pengurangan persaingan.
- Bekas perdana menteri Denmark yang pernah membawa keluar Greenland dari EU berpendapat bahawa kesan Brexit akan dirasai lebih dari 3 tahun.
- Ketua eksekutif dan pengasas Alphabet Inc’s iaitu rakan perkongsian modal bersama Google telah meletakkan jawatan.
- Seorang Eksekutif Apple mengeluarkan kenyataan bahawa Uber tidak akan wujud tanpa Apple.
- Syarikat pharmaceutical, Valent dilaporkan terlibat dalam kes jenayah.
- Presiden Venezuela berharap ‘Jesus Christ of economics’ iaitu Marxist (Professor dari Sepanyol) boleh memperbaiki kemelesetan ekonomi dunia.
Klik artikel ini untuk mengetahui 25 syarikat minyak dan gas terbesar dunia!