11 Maut Akibat Kebocoran Gas Di India, Saham LG Chem Turun 2%

0 163

Kebakaran loji LG Polymers di Andhra Pradesh, India telah menyebabkah harga saham syarikat LG Chem jatuh sehingga hampir 2%.

Menurut laporan, kebakaran yang berpunca daripada kebocoran gas di kilang operasi tersebut telah meragut 11 nyawa dan memaksa ribuan penduduk sekitar kilang itu pada jarak 2.5km untuk berpindah demi keselamatan.

LG Polymers merupakan subsidiari LG Chem iaitu syarikat bahan kimia dan membekalkan bateri kenderaan elektrik seperti General Motor, Volkswagen dan banyak lagi. Dilaporkan saham syarikat itu dilaporkan turun 1.94%.

Para penganalisa berpendapat bahawa kejadian ini tidak sepatutnya memberi kesan yang besar terhadap operasi LG Chem memandangkan insiden tersebut tidak mempengaruhi operasi besar. Namun, mereka tidak dapat menepis sebarang kemungkinan untuk berlakunya insiden yang tidak diingini.

Penganalisa Meritz Securities, Roh Woo-ho berkata jumlah pampasan ganti rugi bagi penduduk dan operasi yang mungkin akan dihentikan tidak membawa kerugian yang tinggi. Dianggarkan kos sekitar bawah daripada 10 bilion won ($8.17 juta).

Namun, dengan jumlah kematian yang dicatatkan agak tinggi dan menjadi perhatian awam tidak dapat dinafikan akan menimbulkan kritikan daripada kalangan masyarakat India.

LG Polymers pada asalnya ditubuhkan dengan nama Hindustan Polymers sebelum diambil oleh LG Chem dan diberi nama baru pada 1997. Pendapatan bagi cawangan tersebut berjumlah 223 bilion won ($181.95 juta) dan keuntungan bersih pula adalah sebanyak 6.3 bilion won pada tahun lalu.

Hasil siasatan menunjukkan kebocoran gas styrene, bahan utama kilang adalah berpunca kerana penyimpanan yang terlalu lama susulan daripada penutupan operasi selama beberapa minggu kerana wabak Covid-19.

 

Anda mungkin juga berminat