11 Tahun Drama 1MDB Berakhir, ‘BOSSKU’ Didapati Bersalah

3,968

Kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akhirnya berakhir dengan kekalahan watak utamanya, tumpas dengan kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, didapati bersalah dengan tiga pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahgunakan kuasa membabitkan dana SRC.

Untuk pengetahuan, SRC merupakan bekas anak syarikat 1MDB yang kini diletakkan di bawah Kementrian Kewangan.

Hakim yang bertanggungjawab mengadili kes tersebut, menjatuhkan hukuman tersebut selepas pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Jika didapati bersalah, figura itu boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, mengikut Seksyen 24 akta yang sama.

Nampaknya, kes ini sedar tidak sedar telah menelan 11 tahun, bermula pada 2009 untuk mencari jawapan kepada teka-teki yang bermain dalam ekosistem politik Malaysia.

Figura itu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur buat kali pertama pada 4 Julai 2018 dengan tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukan dan pada 8 Ogos 2018, tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan wang sama.

Berikut adalah garis masa perbicaraan kes tersebut:

3 April 2019
Perbicaraan bermula dengan pendakwaan memanggil 57 saksi sebelum kes ditutup pada 27 Ogos 2019.

11 November 2019
Tertuduh diminta untuk membela diri atas kesemua pertuduhan selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes ‘prima facie’ terhadapnya.

3 Disember 2019
Tertuduh beri keterangan sebagai saksi pertama pembelaan, menjawab pertuduhan terhadapnya dengan membaca penyataan saksi setebal 243 muka surat.

5 Jun 2020
Mahkamah tetapkan 28 Julai untuk mengumumkan keputusan kes itu setelah mendengar hujah kedua-dua pihak di akhir kes pembelaan bermula pada 1 Jun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat